Berkhatan

“susah jugak sunat ni ye”..
Itulah dialog Afnan pagi tadi masa aku tunggu dia breakfast dan makan ubat.
Pagi-pagi tadi selepas En. Suami keluar untuk pergi kerja dia menjerit memanggil aku.
“Ibu, sakit sangat ni..”
“Makanlah pain killer ye?”
“Ha, Afnan nak. Cepatlah ibu.”
“Tapi Afnan kena breakfast dulu. Makan roti dengan milo ye? Kalau tak nanti sakit perut.”
Afnan angguk jelah. Dah sakit sangat agaknya.

Aku bawakkan dia Milo dan roti Gardenia dan duduk tepi katil tunggu dia habis makan untuk bagi makan ubat pula.

“Susah jugak sunat ni ye.”
Aku senyum jelah. Tak tau nak respon apa. Semalam Afnan telah berkhatan di klinik berdekatan, sekali dengan seorang rakan sekelasnya, Iskandar. Itu pun setelah ditangguh dari tahun 2010 ke 2011 dan seterusnya tahun ini.

“Macam manalah Iskandar agaknya. Mesti susah betul dia. Masa Zal sunat hari tu dia tak cerita pun sakit lepas sunat. Dia cuma cakap sakit masa nak sunat tu. Dia sunat masa cuti sekolah dulu. Dia balik sekolah tak cerita apa-apa pun. Dia tak nak bagi Afnan takut agaknya.”

Geli hati aku mendengar bicara hati Afnan. Tapi aku layankan jelah. Semua orang (suami aku dan mak aku) sering beri respon seperti:
– jangan nangis
– tahanlah sikit
– sakit sikit je tu
Tetapi memandangkan aku ni baru je habis pantang, aku berasa lebih empati padanya. Cakap memang senang. Orang lain tak merasa kesakitan tu. Daya ketahanan seseorang tak sama dengan orang lain. Jadi, bila dia kata sakit, aku cubalah bantu mana yang boleh. Bukan aku nak manjakan dia seperti yang suami aku cuba gambarkan. Tapi kalau semua orang tak cuba empati dengannya mungkin semangat dia semakin kurang. Baiklah, aku akui, aku bias sebab aku ibunya. Apa-apa jelah.

Walau apa pun, aku syukur semuanya dah selesai. Ada rahmatnya juga tangguh ni. Dapat aku jaga dia dalam aku masih cuti bersalin ni. Kebetulan juga beberapa bulan lepas klinik yang kami pergi ni baru beroperasi. Jadi tidaklah terlalu jauh dari rumah. Kalau tak sempat bius habis sebelum sampai rumah.. Dengan enjut-enjut naik kereta, lagilah dia menangis agaknya.

Nazif nanti macam manalah agaknya.
Bila tengok macam ni, menyesal juga tak sunatkan dia masa bayi dulu. Entahlah.. Dah terlewat nak ubah. Tunggu jelah dia besar nanti dengan harapan lebih mudah daripada Afnan.

Feedbacks are most welcome. If you're from Seremban, you MUST.

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s