Bulan Ujian

Hari ni nak tulis bahasa Melayu lah.. kenapa? Entah.. walaupun hari tu aku kena buat presentation, ke ceramah… Apa-apalah.. tapi masa tu aku tersedar, bila dah lama tak formally guna bahasa Inggeris ni, banyak terma yang aku macam lupa. Macam je.. sebab kalau korek-korek.. aku ingat lagi. Cuma dalam masa sepetik jari tu, aku tak dapat nak ingatkan..

Berbalik kepada cerita asal.. apa nak cerita tadi? Oh ye.. Bulan ni adalah bulan yang sungguh mencabar bagi dompet dan akaun bank aku. Yelah, lepas satu, satu kena bayar/ganti/beli. Antaranya:

  1. Masa untuk servis kereta. Dah kena servis tu, cek-cek brake pad kena tukar. Orang biasa tukar berapa kerap ek? Terutama untuk stone yang juga berulang alik macam aku.
  2. Ingat tak kejadian yang penuh drama hari tu? Semasa kejadian tu, kan pegawai keselamatan cuba nak bukak kunci pintu aku melalui tingkap.. nak buat tu, diorang kena bukak getah tingkap… walaupun tak berjaya. Sekarang getah tu kena ganti. Harga RM30. Upah, RM50 agaknya. Selain itu, sejak kejadian tu, kereta aku bunyi dah lain macam. Yelah kena goncang, enjut, angkat.. cek-cek.. bearing kena ganti. Bye-bye lagi beberapa ratus. Kalau yang cap sama, RM400 lebih. Itu barang je.. belum upahnya lagi.. hu-hu.
  3. Dah dalam kesuntukan sumber kewangan ni.. Junior C, telah dengan sedapnya mematahkan cermin mata aku.. Arrghh. Nak marah macam mana.. dia baru je 15 bulan hidup di dunia fana. Terima jelah.
  4. C2 pulak, masa nilah beg sekolah dia nak koyak. Aku cakap, memandangkan belum kronik sangat (poket yang tengah tempat letak buku latihan yang koyak), pakai jelah sampai cuti sekolah ni. Naik sekolah nanti, mungkin kita beli yang baru. Mungkin.. tapi tak sampai hati tak belikan.
  5. Lepas tu.. kami ni konon nak bawak budak-budak pergi jalan cuti sekolah ni.. duit buat servis kereta tulah konon nak bawak jalan. Ate, dah ke sana.. koreklah tabung untuk tujuan ni.. he he.

Bercerita tentang cuti sekolah.. aku sangat teruja sebenarnya. Tak sabar nak tunggu, sebab selain daripada nak bawak Chipmunk semua berjalan, aku pun ada perancangan nak jalan-jalan carik makan kat kampung KOG. Harap-harap jadi. Pastu, Chipmunk dua ni sibuk ajak aku tengok wayang.

  1. C1 nak tengak Diary of a Wimpy Kid, Rodrick Rules. Sebab dia baca buku cerita ni.
  2. C2 nak tengok.. tengok cerita apa? Bukan Kungfu Pandalah.. cerita Nur Kasih! Hu-hu.. dah berhari-hari dia tanya bila aku nak bawak dia tengok cerita ni. C2 ni memang suka tengok cerita-cerita Melayu dan juga Sinetron. Memang layan… Awan Dania. Kejora dan Bintang. Kau dan Aku. Macam-macamlah cerita dia tau. Kalau tanya video klip pun dia tau gak.

    dan..

  3. Junior C aku nak bawak tengok Kungfu Panda 2 . Sebab aku nak tengok. Heheh.

Hari tu kali pertama bawak Junior C pergi tengok wayang. Cerita Pirates of the Carribean. Jam pertama dia bertenang lagi. Sebab masa tu makanan banyak. Dia kan suka makan.. Mungkin jugak sebab pengalaman baru. Dah cukup sejam, dia mula jerit-jerit. Saje, sebab dia teruja sangat. Bila aku tekup je mulut dia, gelak kuat-kuat. Pastu jerit lagi. Tekup lagi. Gelak lagi.. Oh tak boleh jadi. Aku bawak dia keluar. Nasib baik wayang tu ada tempat duduk kat luar panggung. Boleh dia lari-lari. Boleh aku masuk balik. Tapi masuk balik dia nak lari-lari plak.. Oh tak boleh jadi. Sudahnya, aku ajak duk tepi pintu.

Ok..sekian cerita kali ni. ♥

5 thoughts on “Bulan Ujian

  1. Aku sampai sekarang tak pernah experiment bawa Khalish pergi panggung wayang. Sebabnya, dia tak pernah minat filem-filem animasi di Disney Channel. Sekarang, aku tahu punca dia kurang minat nonton filem:

    1. TV kecil.
    2. Faktor terpenting – kekurangan sumber makanan.

    I love popcorn.

    By the way, duit memang suka keluar sekali harung.

  2. huhuhu…duit mmg…suka keluar secara berjemaah, yg masuk takdelak nk berjemaah…
    aku pn tak pernah bwk amsyar tgk wayang, kalo ada back kom the movie mungkin dia minat dan bleh fokus

  3. tang brake pad tu aku x sure lah. harapkan pomen tu kasi aku advice. kalo dia tipu, mmg kena tipu la aku

Feedbacks are most welcome. If you're from Seremban, you MUST.