5 Perkara Nak Mula Sekolah

Semua orang duk cerita pasal anak masuk sekolah.
Tadika lah. Darjah 1 lah.
Aku duk senyap je.
Macam uneventful je. Padahal aku pun ada anak masuk sekolah darjah 1. Kesian Sorfina.
Maybe rutin tahun ni dah lebih kurang sama tahun lepas.. aku macam tak kelibut sangat.
Unlike tahun lepas, rutinnya sungguh berbeza berbanding tahun 2009. Tapi untuk first timer anak masuk sekolah, aku kongsi sikitlah cabaran, pengalaman, kehidupan yang aku lalui, maybe you can relate to it.

1. Seragam sekolah – termasuklah kasut.
Masa mula-mula. Ingatkan dah beli semua, senanglah. Nope. Think again. Lepas dah beli, kena ada sublist ni:

a) Kalau panjang (biasa seluar budak laki, perempuan boleh lipat kain dia) kenalah pergi alter. Kalau last minute macam aku, ha! jahitlah kau sendiri. Takde plak mesin jahit.. sembat yolah jawabnya. 5 pasang x 2 kaki, 10 kali menjahit. Pengsan!

b) Dah habis alter seluar, kena pulak jahit lencana. DAN tanda nama. Sejak bila sekolah² ni berhenti menggunakan pin atau iron on. Macam aku tahun ni, anak ada dua, kena jahit lencana dan tanda nama. 5 baju x (1 lencana + 1 tanda nama) x 2 orang = 20 kali jahit. Kalau ada mesin jahit, mungkin laju sikit. Tapi aku takde. Tak tau kat kedai mana ada. Nak gi tanya mcm segan. Lencana je tu dude.. maka sakit tengkok dan berpinar mata aku menjahit.

c) Basuh baju. Hu-hu! Masa anak sulung  aku darjah 1, kali pertama kan kena basuh baju sekolah anak (baju sekolah sendiri masa sekolah dah buat). Time tu, dia duk sekolah sampai petang. Ada kelas agama kat sekolah. Balik tu, baju dia memang macam dia telah buat cerita hisdustan kat sekolah, guling² kat bukit mana ntah. Terus terang aku mengaku, ada hari aku menangis beb. Sental macam nak melecet tangan pun tak berjaya. Aku nak rendam dalam peluntur, takut lak warna lencana ni turun. Last² aku lumur je vanish. Campak dalam mesin basuh. Berjaya. Alhamdullillah. Sejak tu vanish best friend aku.

d) Kasut sekolah. Hujung minggu je kena cucilah kan. Ada hari aku dera gak anak aku soh basuh kasut. Tapi banyak kali, aku je yang cuci. Kan tadi dah berkawan baik dengan vanish. Jadi aku ajaklah kasut pun join the group. Biasa, aku basahkan kasut. Lumur vanish. Lepas 20 minit, gosok² sikit je dah bersih. Wow! Tapi entahlah anak lelaki aku ni kan, apa dilanyaknya kasut main bola atas jalan, setengah tahun mesti dah kena beli kasut baru. Sekarang diorang dah basuh kasut sendiri.. tapi aku tolong sabunkanlah dulu. Kalau tak, takde mana bersih. Tapi kapur mengapur memang kerja diorang.

2. Buku
Alamak. Anak aku ni kan.. setiap hari mesti nak kena bergaduh (read: marah-marah. kalau tak, tak ingat) suruh bawak naik beg ke bilik dan susun buku. Mula-mula tu (dan kebanyakan masa) memang kerja aku lah ni. Aku pun naik hafal dah jadual waktu dia. Tapi hari yang dia ada karate tu, alah kesiannya. Hari tulah paling banyak kena bawak buku, kena bawak baju karate.
Selain daripada tu, buku teks sekarang semuanya menikmati SPBT. Maka kenalah balut buku-buku tu semua. Aku nasihatkan buku aktiviti punlah sekali. Kalau tak, tak sampai hujung tahun tu, dan lunyai dah kulitnya. Sekarang dah canggih. Pembalut dan mcm selotape besar. Tampal je. Tak payah ukur, tak payah gam/selotape, gunting banyak². Tapi yang tak tahan tu, ada dekat 40 buku aku kena balut tahun ni untuk diorang dua beradik.

3. Bekas Bekal dan Botol Air
Seingat akulah dulu kan, aku ni pemalas nak bawak bekal gi sekolah. Entahlah kenapa. Tapi masa tahun pertama Afnan pergi sekolah, aku kunun-kununnya tak nak bagi dia bawak duit pegi sekolah (kejamkah aku?). Takut hilanglah. Takut beratur tak sempat makan. Takut semua makanan pedas. Lagipun nak galakkan dia healthy eating habits. Bawak bekal berkhasiat. At first it worked. Tapi lama-lama, meleleh plak air liur dia tgk solivite kat sekolah. Aku kata, dia bawaklah bekal solivite dari rumah.

Dia kata, “Tapi ibu boleh ke janji air tu sejuk masa Afnan nak minum?”

Pulak dah. Mak aku ada sekali pergi tgk dia kat sekolah, dia kata muka anak aku macam loser gila pergi sekolah tak bawak duit. So, I started him on RM1, dengan syarat bekal habis. You know, with that one RM1 bill, self esteem dia memang melambung-lambung naik. Baru dia bersemangat nak pergi sekolah. So, sampai sekarang masih bawak bekal dan duit kantin.

Tapi, sejak tahun 1 sampai sekarang dah tahun 3, aku tak tau berapa  banyak bekas bekal dah hilang. Bekas air, alhamdulillah selamat lagi. Tapi tiap-tiap tahun mesti dia nak beli yang baru.

4. Bas Sekolah
Masa Afnan masuk darjah 1, aku dah start kerja di Seremban. Jadi pagi-pagi akulah hantar dia pergi sekolah. Petang mak aku tolong jemput bawak ke rumah dia. Lama-lama aku kesian kat mak aku. Yelah, walaupun hanya dalam 7-8km jaraknya, tapi nak kena gi masa peak hour tu. Dengan anak aku suka lari sana sini. Belum tambah nak pow mak aku macam-macam dalam perjalanan balik. Nak jadikan cerita, masa dia tahun 2, aku kena pulak pindah Putrajaya. Mak aku pun dah kena jaga cucu lain. Jadinya, tahun 2009 tu, macam-macamlah kena uruskan. Termasuklah naikkan anak aku van sekolah. Alhamdulillah, contact sana sini, dapatlah Auntie sorang ni. Senang jugak. Dan tahun lepas pun aku dah mula naikkan Sorfina van ni. Jadi auntie tu dah kenal lah dia dua beradik. Tu yang tahun ni aku macam bertenang sikit.

5. Peperiksaan
Ni dah lebih sikit lah pasal masuk sekolah.. tapi saja nak cerita jugak.
Terus teranglah aku mengaku.. aku selalu bising kat anak aku Ahad sebelum periksa tu je. Lepas tu, nasib kaulah nak.. Masa kali pertama tu, memanglah aku berdebar. Tapi dah lama-lama tu, dah 8 kali exam, dia pun macam rilek je. Aku pun joinlah dia sekali. Tapi tahun ni aku berazamlah nak serious sikit dengan dia. Lagipun, periksa tahun ni akan ikut aliran untuk tahun 4 nanti.
Apa yang boleh kita tolong? Sekarang ni dah banyak buku yang ada macam contoh soalan periksa. Dari tahun 1 sampailah 6. Korang belilah tu.. Ada seasoned parent ni bagitau aku yang buku esensi tu bagus.. nanti aku nak pi carik.

Aku tahu.. ramai ibu bapa stress dengan anak dia nak periksa, mesti nak nombor satu. Suruh pergi tusyen lah. pegi ulangkajilah. Entahlah, aku macam tak sampai hati nak paksa dia belajar gigih. Tapi aku pikir gak, sampaikah hati biarkan dia gagal especially bila dah besar nanti.. Tapi jangan bimbang. Bermula tahun ni, aku berazam nak jadi ibu yang prihatin.

Okay cukuplah kat 5. Lain kali cerita lagi.. selamat!

13 thoughts on “5 Perkara Nak Mula Sekolah

  1. sufi: lagi 5 tahun, kalau blog is still around, you can always come back.. hehe. jangan lupa, lagi 3 tahun kau dah kena gi register amsyar kat sekolah tau.

    shahidah: senang je macam tu. masa sekolah rendah dulu, baju sekolah pun dah start basuh sendiri tau.

    siti: supermom terlalu besarlah untuk aku.. kau tak tgk macam mana rumah aku tunggang langgang dan meals pun kadang² bertaburan.. tak ikut masa meal langsung.

  2. It doesn’t get any easier huh? Aku ingat bila anak dah sekolah aku boleh lalalala…hehe

    Nombor van auntie tu ko simpan lagi 5 tahun. senang aqeel nak naik

  3. en_me: selamat datang. lain kali datang lagi ye.

    stone: aqeel kena naik van makcik hasiah.. auntie ni tak cover bukit chedang beb.. hehe. tp jgn bimbang. call me back in 5 years.

  4. beb, aku antara ibu yg nangis sendiri if kena basuh baju anak tgh2 mlm..sigh… vanish tu kau use yg liquid ke? anak sorang pun x terurus

  5. k: pakai vanish power O² lagi.. yang liquid tu. tapi kalau baju putih kata better pakai yang vanish putih, tak plak aku penah cuba.
    baju jib kena sental² ke beb? tu jib belum pakai baju putih.

    nisha: aku ni antara ibu yang biasa-biasa je. kalau macam sally tu ari-ari masak.. rumah tip top, lagi hebat.

  6. beb… this is so funny!!!! may the force be with you.
    tunngu anak sedara aku beli baju sekolah pun aku nak meroyan… apa tah lagi kalau nak suruh jahit badge and what nots. aku rasa abang aku hantar kat kedai dobi kat rumah kitaorg. bayar bangla tu jahit kot.

Feedbacks are most welcome. If you're from Seremban, you MUST.

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s