Semua Pun Tak Tau

Kanak-kanak kan.. bak kata Bill Cosby, say the darndest things. Dan anak aku, kanak-kanak tipikal.. ada masanya buat aku terdiam.. terpikir jugak. Anak korang pun mesti ada kan. Kalau tak ada, mungkin belum lagi.. atau korang tak ingat. Cuba ingat baik-baik. Heheh. Apa pun, terbaru.. anak-anak aku buat aku terpikir (dalam hati / otak jelah): “Haah, ek..”.

1. Anak Nombor Satu

Anak: Kenapa ibu tak pandai masak sardin?
Ibu: Ibu pandailah.. cuma ibu tak pandai masak yang awak suka tu.
Anak: Tak pandailah tu.

Ibu: Tolonglah jangan kacau ibu buat kerja ok. Ibu nak siapkan cepat ni.
Anak: Asek buat kerja je. Suka sangat buat kerja.
Ibu: Eh awak ingat ibu suka sangat ke?
Anak: Sukalah. Sebab ibu selalu kerja. Kerja lama-lama. Balik lambat-lambat. Kerja jauh-jauh.
Ibu: Ibu tak sukalah. Baik ibu duk rumah bakar kek tau.
Anak: Habis tu, kenapa tak buat yang ibu suka?
Ibu: Ibu pun tak tau..

2. Anak Nombor Dua

Anak: (tgk mainan berbentuk burung warna kuning)
Anak: Ibu, ini burung ke?
Ibu: Ye.
Anak: Ada ke burung warna kuning?
Ibu: Ada.
Anak: Mana ada.
Ibu: Adalah.. habis tu, Tweety tu apa?
Anak: Tweety bukan burunglah.
Ibu: Habis tu apa?
Anak: Kartun. Tu pun tak tau.

Conclusion: Semuanya aku tak tau…

7 thoughts on “Semua Pun Tak Tau

  1. ha ha ha. i pun selalu gak terkena dengan ujai, “itu pun tak tahu”… sabar jelah kan. they think differently from us – their way is more straightforward than ours, but sometimes i wish things are as simple as the children think, only that they aren’t… oh well…

  2. In the end, budak-budak jugalah yang menang. As Aezack said, it’s the simple way their minds work. And, they tend to be more adamant about their say. In the end, the adults suka mengalah just to have fun hearing the children say the darndest things.

  3. az & chech:
    mesti mengalah.. it helps to boost their self esteem.
    and i want them to answer me.. intelligently but politely. it helps nak menjawab dengan boss bila besar. hahahaha.

    anyway, semalam the two of them asked me, “ibu, ibu boss ke?” and i asked, “boss tu macam mana?” they said, “kalau boss dia marah-marah bila orang buat salah”.. OMA!!! I said, “ibu kena marah kalau tak buat kerja.” And both of them agreed, “ibu bukan boss lah tu”.. boleh? Hehehe.

  4. puan ibu bukan boss hehehe,
    ckp dgn anak no1, kalau ibu tak keje takde modal le nak bake fab cakes daily. kang ibu jd grumpy old woman at home asyik monitor n marah everyone 24-7!

    p/s anak aku sibuk bertanya whether semua org di ofis (as in guards to receptionists to clerks and bosses) tu boss aku ke tak. yelah mak dia sorang je kuli😛

  5. Hahaha.. Tak lama lagik, Mifzal pun myb akan wat benda2 camtu ke? Muahaha.. But, part surat ari tu mmg suprise n touching moment sket.. Jiwang karat la katakan.. muahaha..

Feedbacks are most welcome. If you're from Seremban, you MUST.

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s