5 Perkara Ramadan 1431H

Menariknya Ramadan ini:

Selain daripada dipanjang usia dan rezeki untuk dapat menambah amal ibadat di bulan ramadan tahun ini, ada beberapa perkara yang ketara (significant) untuk aku ingat.

1. InsyaAllah dapat puasa penuh juga tahun ni macam tahun lepas. (ada dua hari lagi ni). Adakah perlu mengandung lagi tahun depan untuk dapat 3 tahun berturut? Oop!

2. Tahun ni 4 hari berpuasa (3 hari berbuka) di hospital. Anak bongsu saya kena acute bronchiolitis. Sian dia.

3. Hari tu tukang jahit kata tak sempat siap baju untuk raya. Kain yang saya bagi bonda mintak tolong hantar pun dia hampir lupa. Tapi sempat hantar gak. Ingatkan tak siap, jadi saya beli sepasang dah siap. Tiba-tiba, semua baju siap di jahit dalam ramadan. Oh jadinya pertama kali saya ada 5 pasang baju kurung raya baru.

4. Kalau tahun-tahun terdahulu, biasanya mesti ada sekali berbuka beramai-ramai dengan semua adik-beradik. Tahun ni, tak berjaya nampaknya. Masa Dino balik, Dik Am kerja. Ada masa tu, saya kena balik kampung sebelah suami. Hmm.. sedih.

5. Tahun ni juga merupakan tahun pertama anak kedua berpuasa. Dia akan berusia genap 6 tahun November ni. Alhamdullillah, berjalan dengan baik kecuali beberapa hari yang terpengaruh dengan rakan sebaya. Tak sampai 5 pun yang tak berjaya tu, insyaAllah.. yelah ada dua hari lagi ni kan. 3 termasuk hari ni.

Okaylah untuk pembaca yang tak berapa ramai ni (kalau ada) Selamat Menyambut Aidil Fitri. Semoga kita dipanjangkan umur dan dibanyakkan rezeki, dapat berjumpa lagi Ramadan pada tahun hadapan. Insya Allah.

5 thoughts on “5 Perkara Ramadan 1431H

Feedbacks are most welcome. If you're from Seremban, you MUST.

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s