Soalan² Yang Patut Diabaikan

Entah kenapa hari ni aku agak emosi. I came across this blog yang menceritakan betapa kecewanya seorang suami apabila isterinya disindir kerana mereka masih belum berzuriat. Isteri dia telah menangis sepanjang perjalanan balik dari Kedah ke Kuala Lumpur. But the thing is, benda ni memang sangatlah common. Aku tak paham kenapa orang (biasanya masa kenduri kawin, dahlah tak selalu pun jumpa) suka nak tanya soalan-soalan yang panas di telinga dan juga di hati. Cuba bersikap sensitif sikit. Mungkin anda berfikiran, “Lah, ini baru kali pertama aku tanya”.. atau “aku baru tanya sikit”.. adakah anda sedar, anda mungkin orang ke-500?

Selain daripada soalan tadi, ni ada Soalan lain Yang Sering Tapi Tidak Sepatutnya Ditanya..

  1. Tak nak cuba dapat anak lelaki/perempuan?
    Ni soalan orang akan tanya bila pasangan tu anaknya semua lelaki atau perempuan. Kalau anak orang tu dah berderet 3 atau lebih, kau rasa selama ni dia tak mencuba ke? Just because Tuhan bagi kau rezeki dapat anak campuran ni, kau rasa kau tu hebatlah.. pandai nak rancang dapat anak lelaki dan/atau perempuan? Adakah kehidupan anda lebih sempurna dengan ada kedua-dua jantina anak lelaki dan perempuan. Entah yang anaknya semuanya lelaki, lagi rajin daripada awak yang ada anak perempuan tiga orang tu.
  2. Tak nak anak lagi ke?
    Ni soalan bila anak orang tu sikit. 1 ke.. 2 ke.. kadang 3 pun kena tanya jugak. Ei, suka hatilah orang tu nak anak berapa. Kau tau ke perancangan keluarga dia. Kesusahan keluarga dia. Masalah keluarga dia. Entah pasangan tu ada masalah kesihatan ke tak/belum boleh beranak lagi. Entah anak dia yang ada ni sakit ke. Entah dia memang nak anak 2 je, senang nak travel satu kereta. Beli family package pun senang, sebab biasa mmg dipakejkan 2 dewasa + 2 kanak-kanak. Yang awak tu jaga anak sendiri, suami/isteri sendiri sudahlah.
  3. Bila nak beranak?
    Bila? Bila? Bila-bila dia sukalah.
    Selalunya soalan ni akan ditanya kepada pasangan yang baru kawin. Lepas tu, bila dah 2 tahun kawin tak ada anak lagi, makin bertalu-talu lah soalan. Dan mulalah orang ramai lagi pandai membuat spekulasi kenapa dia takde anak lagi. Kalau yang lelakinya pulak, mesti kena tahan dengan sindiran² lucah. Kalau sekali-sekala tahanlah jugak. Tapi kalau korang asek bagi dia modal tu je, lama-lama nipis jugak telinga brother tu beb.

    Korang, makcik² sekalian terutamanya, tahu ke apa masalah pasangan ni? Rasanya, dia suka hati ke tak nak anak. Agaknya kalau dah lebih tiga tahun tu, dia takde usaha ke nak dapatkan anak kalau dia betul nak anak. Tak payah korang menambahkan lagi perit kehidupan mereka ni. Kalau memang pun diorang belum nak ada anak, biarkanlah. Itu kehidupan diorang. Itu pilihan diorang. Tak payahlah nak susah-susah pasal hidup orang lain. Korang tu, yang konon hebat sangat dah ada anak, pastikanlah anak korang tu tau doakan korang bila dah mati nanti. Kalau tak apa gunanya ada anak.

  4. Bila nak kawin?
    Ha! Ni biasa perempuanlah kena. Tapi lelaki pun ada gak.
    Ingat diorang ni suka-suka ke tak nak kawin? Sama jugak dengan soalan² lain, korang tau ke apa masalah diorang sume ni kenapa tak kawin. Kenapa jodoh dia susah sangat. Tak payahlah nak tolong matchmakekan mereka ni. Pandailah dia nanti.

    Untuk pengetahuan, ada orang tak kawin sebab:

    – Pasangan dia yang dulu telah amat mengecewakan mereka. Janji nak kawin, dah lama dating, tiba-tiba lari.

    – Pernah berpasangan sekali tu, pasangan dia meninggal. Ramai yang aku kenal macam ni. Lepas tu lama gila tak kawin-kawin. Masih sedih ke.. takde orang boleh ganti orang yang meninggal tu. Korang faham ke kesedihan dia ni? Biarlah dia.

    – Dia merasa bertanggungjawab menjaga ibu/bapa/ahli keluarga yang sakit. Yang ni ramai jugak aku jumpa. Dah banyak umurnya baru kawin. Dah dekat umur 50 tahun, anak baru darjah satu. Tapi happy je. Akhirnya kawin gak.

Eh macam-macamlah sebabnya. Korang tak payahlah tambah pressure mereka. Jaga diri sendiri dan keluarga sendiri ya pakcik makcik.

21 thoughts on “Soalan² Yang Patut Diabaikan

  1. Aku setuju sangat lah tu.

    Daripada tak kisah, aku menjadi sangat kisah sebab asyiklah kena tanya. Nak kata kerana tak kawin aku menyusahkan diorang atau mintak duit diorang tak jugak. Ntah kenapa tak senang sangat tengok orang tak kawin ni.

    Boleh tak kalau kita jawab balik; makcik/pakcik ni bila nak mati? dah lama sangat hidup ni. memang kena lempang kat situ jugak jawabnya lah kan….

    oh well thats life….. penuh dengan penyibuk. hehehe…

  2. Aku selalu je kena bila nak dpt anak lagi. Haihhhh..! Nak mmg la nak, tapi kalau takde rezeki lagi camno? Kang aku jawab “save budget” pun kena kutuk gak.😛

    How are you Kell? Dah habis confinement?

  3. ha ha ha
    i selalu kena soal ‘bila nak kawin’ yang dtg daripada ntah sapa-sapa kalau pergi kenduri when i was still single…
    i selalu selamba je jawab ‘nantilah, cuti sekolah…”
    sekali betul pun kahwin masa cuti sekolah
    agaknya sebab dah jawab lebih daripada 40 kali, dah jadi do’a dan Allah makbulkan do’a tu… hehehe…

    memang kadang-kadang tu bengang jugak.
    but i learned to take it the positive way – kalau yg tanya tu sedara-mara yg i jarang-jarang jumpa (yg biasanya golongan lbh tua), i minta tolong diorang doakan sama, ha ha ha…

    dan sekarang – since i dah ada 3 heroes berderet, sesekali ada juga dapat soalan #1, “tak nak try dapatkan girl, pulak ke?”
    to which i would smile and minta org tu do’akan jugak.
    heh, mana tahu kot2 i do’a tak makbul2, orang lain tolong do’akan makbul pulak…
    but betul lah, tak semestinya anak lelaki/perempuan semua tu tak best – my auntie ada dua orang yang anak-anaknya semua lelaki, happy je…
    anak2 semuanya ok alhamdulillah, dan menantu pun dah jadi macam anak sendiri…

    apa-apa pun, anak lelaki ke perempuan ke, ada anak ke tak ada anak ke, kahwin ke tak kahwin ke, semua tu kan ketetapan yang Allah dah tentukan bagi kita?
    mesti ada hikmah.
    kita redha jelah.

    orang lain?
    suka hati dioranglah nak cakap apa pun.
    aiman tak kisah…
    heh.

  4. sy selalu ditanya dgn soalan no-4..bukan dr emak ayah tp dr org lain..mak ayah xpenah kisah dan xpenah tanya pun..org lain yg sibuk..itu yg tetiba leh jd hangin..dan selalu jwpan sy ialah “insyaallah akhir thn ni”..hehehe…

  5. huhu
    so true la k-lyn
    saya sgt pelik kenapa society kita dgn sgt selamba tanya benda2 personal sebagai topik small talk

    society lain (western especially) tak pernah pun dengar bertegur sapa sambil bertanya:
    ‘Are you pregnant yet?’
    ‘When are you getting married?’
    ‘Wont you try having a boy next time round?’

    Tak pernah kan?

    Orang selalu tanya saya:
    ‘Dah berisi ke belum?’
    Saya jawab:
    ‘Ha ah. Baru lepas makan’

    Hahah🙂

  6. at western weddings, the kepochi aunts would poke at the single girls, winking and cheerfully saying,”You’re next!”

    so much so that some girls are thinking of retaliating by nudging & winking at the same aunts at a funeral, saying “You’re next!”

    heh🙂

  7. ahaha awat hang mcm emo je ni? rileks rileks.

    tapi meh aku tambah minyak pada api, bila hang nak tambah anak lagi ni? haha~

  8. Semua orang:
    Memanglah ada orang bila bertanya, dia ikhlas. Mungkin juga ada niat nak membantu. Tapi kita tau mana yang ikhlas, mana yang tak. Mana yang bengang (cth ahli keluarga yang nak cepat dapat menantu, cucu, etc) dan mana yang nak bangga sebab dia dah ada.
    Kalau yang ikhlas tu mesti kita tak marah, mahupun terasa hati.

    Eny: Itulah pasal. Paling sakit hati kan kalau sedara mara sendiri yang tanya dengan penuh tidak sensitip. Takpe, aku doakan kau dapat jodoh yang baik-baik.

    Nins: Aku sihat, alhamdullillah. Hari ni habis pantang.
    Pasal anak tu, memang ye kan. Tambah pulak bila tanya macam passing comment je.. Meaning, bukannya dia nak tau sangat sebabnya kan.. Aku doakan kau sihat dan bertambah-tambah rezeki. InsyaAllah.

    AZ: That’s why I like to read your blog.. always looking at the positive side. Helps me to realize things I overlook.
    But anyway, jawapan cuti sekolah tu mmg standard. Cuma makcik-makcik ni selalu macam tak sensitif tau bila tanya. Ha, kena jawapan macam you cakap kat funeral tu memang sentap tu… itu bukan setakat tak sensitif, kejam..
    Saya doakan semoga anak-anak AZ menjadi anak-anak yang sihat, bijak dan soleh. Semoga bertambah lagi rezeki.

    Shahidah: Kau ni terlalu banyak berbuku wajahlah.. Saya juga doakan semoga Shahidah bertemu jodoh.

    Rose: InsyaAllah akhir tahun ni. Saya doakan semoga doa Rose dimakbulkan. Dah buat tak tau je dengan semua orang tu. Ikutlah nasihat AZ tu, cakap kat makcik pakcik tu, “InsyaAllah hujung tahun ni. Makcik tolong doakan semuanya berjalan lancar ye..”

    Didi: Haah ek. Takde pulak cerita matsalleh tu dialog macam tu. Eh aku paling tak berkenan orang pegang-pegang perut tanya: Ada isi ke?
    Adalah, isi perut.. Hangin tau.
    Semoga kau dan Syah sentiasa bahagia dalam keberkatan Illahi dan bertambah-tambah rezeki.

    Faruq: Eh, kau ni memanglah. Entah kenapa aku emo.. aku kesianlah orang-orang yang kena tanya soalan ni selalu. Aku ni bersyukur, Allah kurniakan jumpa jodoh cepat.. Mak ayah aku nak sponsor aku kawin, dapatlah kawin cepat. Lepas tu dapat anak lelaki. Anak perempuan. Dua-dua sihat.. Takdelah orang tanya aku. Aku amat bersyukur. Jadi aku nak tambah anak pun takde pressure. Alhamdullillah yang no. 3 pun sihat.

    Aku pulanglah paku serpih kat kau.. bila nak no. 3?

  9. ouch! ahaha I think I and the wife both agrees that the earliest that we can even consider to go for a third child is in 2012, bila aimi dah besar sikit. sekarang ni jaga budak dua orang tu pun nak pengsan, nyah oi!

    haha I’m also in the same boat as you, in that our parents were keen for us to marry as soon as possible and were even willing to sponsor the wedding. hehe~

  10. hahah.. memang selalu berFB🙂

    the truth is, you have listed all those issues that me n my frens grumbled a lot during our uni reunion last week. tu yg suka tu. great minds think alike, eh?

    setiap peringkat hidup ada je isu dia. mcm tak sabar2. rilek dulu la. ingat kitorang tak fikir (dan usaha) ya?

  11. muahahahah…ada unsur2 amarah nampaknya…walaupun bukan kau yg disoalkan…
    aku pn benci org2 byk tanya nih. walaupn kdg2 mmg ada yg ikhlas nk tahu…yg lg ramai tu sj nk sakitkan ht je biasanya. soalan popular utk aku skang ialah “bila nk tambah anak?”…letih gak menjawap…

  12. k-lynn..

    Aku sangat bersetuju dengan kata-kata ko ni. As you know hasil dari knowledge sharing kita, aku selalu diguris rasa dengan soalan-soalan macam ni. hmm..apa yang orang tahu dalam lubuk rasa kita. I’m trying to conceive tapi kalo dah gagal tu takkan nak tikam diri/laki sendiri? It’s not a matter of choice tapi rezeki..kenapa payah untuk orang comprehend this point? Aku selalu gak jeles ngan orang yang dah ada anak tapi sebagai manusia yang tak terjangkau dek akal, apa yang aku tahu tentang perancangan Tuhan? Mana tau ada anak ada masalah berat, or tak de anak boleh lebih beramal ibadat sebab selalu berusaha nak dapat zuriat. Kan? Kan? kan? Kalo aku yang bijak ni bleh berpikir camni, tak leh ker orang-orang lain yang kononnya cerdik pandai tu shut up?..hish, sabor jelah.

  13. khai: tetttttttttt!!!!!!!

    shah: it’s hard to please everyone. so just please yourself.

    sufi: itulah, alhamdullillah kau dah lepas dua fasa: bila nak kawin and bila nak ada anak. lepas tu, kalau kita tambah anak, dia nak tolong jaga ke.. kan?

    cik yus
    : itulah pasal kan. Allah je yang Maha Mengetahui. takpe, aku doalan semoga kau akan dikurniakan zuriat yang sempurna sifat – fizikal, mental dan rohani. Dan menjadi anak-anak yang soleh. InsyaAllah.

    echah: aku doakan semoga kau bertemu dan disatukan dengan jodoh yang beriman, hensem dan terbaik untuk kau dan keluarga. InsyaAllah.

  14. Akak umo 21 dh de org masuk meminang, ank kwn abah. Tp abah x bg sbb umo akak muda lg.. dn akak belum dpt keje lg. Akak x tau pun, mak akak yg cite mase umo akak dh msuk 30an. Ble dh 2/3 peminangan msuk, ada yg emk tolak ada yg akak tolak. Mulalah episod ANDARTU akak. Akak dpt bf tpi asyik laki orgggg je.. fed-up tul. Smpai 1 mse akak dh bosan.. lantak lah.. JODOH ditangan TUHAN. Itu je kesimpulan yg akak ambik. Tenang sikit rse hati. Mmg tul JODOH ditangan TUHAN, ble usia akak dh msuk 40an bru akak dpt jodoh.. dgn anak muda lak tu, bezanya 15th.. Ya ALLAH nk terima ke tak ni??? Klu x terima maknanye aku tolak rezeki dr ALLAH. Akhirnya aku pun menjdi isteri yg sah kpd suamiku tersayg.. aku pnggil dia BI dia pnggil aku SYG.. Kdg2 akak rase mcm mimpi je lak…

Feedbacks are most welcome. If you're from Seremban, you MUST.

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s