Syawal Kali Ini…

… membuat saya terharu. Kenapa? Kerana…

1. Mendapat panggilan ucapan raya. Bukanlah bermakna takde orang lain yang ucapkan selamat hari raya. Ramai je. Tetapi tidak ada yang telefon (bukan sms) aku khusus nak ucapkan selamat hari raya. And just that. Semata-mata nak ucapkan selamat hari raya. Terharu saya.
Adik saya di perantauan tu mmglah sah-sah akan call. Siap buat video chat  lagi. Ini non-relative.

2. Biskut raya yg saya kirimkan ke seberang laut pun sampai jugak. Agak kecewa sebab sampainya jadi serdak. Salah sayalah bungkus entah macam mana. Tapi at least sampailah sebelum raya. Saya amat kesian sebenarnya kepada penerima, sebab sampai pun jadik serdak, baik tak payah tiba dak? Tapi sebab dia sudi juga makan, terharu saya. Dan saya jadi lebih sedih bila kawan saya bagitahu, penerima tak dapat balik Mesia nak attend pusat penilaian. Tuan penerima serdak TG, tak payahlah nak balas-balas. Saya ikhlas hantar.

3. Kawan saya di perantauan yang lain juga bagitahu dia dapat balik untuk menghadiri pusat penilaian itu. Wah, terujanya saya. Sedikit sedih tak dapat pergi pada masa yang sama, tapi dapat jumpa pun dah kira baik. Rindunya saya kat dia.

4. Saya dapat anak buah baru. Dan adik saya mungkin mempertimbangkan nama yang kami cadangkan untuk anaknya. Tak pernah pulak terfikir I would have the honour to name a person. Terharunya. Welcome to the world Akid. (tu bukan nama yang saya pilih, tp bapak dia nak panggil tu, apo nak buek).

Feedbacks are most welcome. If you're from Seremban, you MUST.

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s