Hari ni tak best sebab:

1. Aku kena pegi tengok tempat ni ada komplen masuk surat khabar semalam lepas tu kena antar hari ni jugak report tu. suka nak besarkan isu kecik.

2. Dah aku kena tgk tempat tu, takde menda pun. KEtua kg tu ajak jalan sana sini. Bukan aku berkira sangat nak tgk kesusahan orang kampung dalam kawasan bandar ni, tapi hari ni mmg aku rasa tak laratnya. Nak terpitam aku rasa duk jalan-jalan bawah matahari. Kalau Tok ketua ajak pergi satu tompek laie, aku nak sound je tadi, “Tok, saya nak terpitam ni. Moh lah kito minam”.

3. Tempat aku cadang nak sewa untuk jadi pejabat kitorang, boleh tak agensi tu kata ada orang lain nak sewa. Dah lah aku dengar namanya pun, syarikat swasta, yang kurang birokrasi macam gomen ni. Hish.. dia boleh cakap, sape cepat dia dapat. Hangin aku.

4. TNT aku bulan Julai dah turun naik Bhg Kewangan ke Bhg aku sebanyak tujuh kali kot. Dah lah aku rasa kesuntukan wang nak raya ni. Wahai YAB PM, tahun ni ada bonus tak?

5. Laman web Sinar Harian apasala nak buat carian kat arkib tu lembab nak mampus takde apanya yang penah keluar kalau aku search. Kalau tak boleh nak buat carian, tak payah letak fungsi tu. Apa gunanya sekadar nak tambah tab. Ni semua yang menyusahkan aku.

6. Ha, lagi satu aku lupa. Aku ada paper yang tak bertaip lagi ni. Bencinya dengan diri aku. Kenapalah setan malas ni bertenggek. Oh, bulan ramadan setan kena gari eh.. aku jelah yang malas ni. Hmmmm

Ok. Saya hanya perlu keluarkan isi hati saya yang tak tangible ini supaya ada sedikit kelegaan. Peduliklah kalau aku asek mengeluh je. Blog aku. Sukati akulah..

ps: anak aku dah bukak puasa.

7 thoughts on “Hari ni tak best sebab:

  1. Buat bersabar Pn. Kay…
    Banyak pahala bulan puasa ni…
    Jangan marah-marah…
    Bila-bila kita free nanti kita pergi makan kat Hard Rock lagi ye….

  2. ko dtg ke perjumpaan ngan big bos esok tu? byk2 lah doa. rsnya mmg nk kena hentam je smua nih. huhuhuhu
    PAC camne beb?aku tanak pegi bleh tak?
    aku tak sempat nk jawab pasal yg ko tanya heavy duty tu. sori. hehehe

  3. sufi: semua persoalan kau ni aku dah jawab. jadinya bila nak buka sama ni? aku dah lama sangat tak jumpa suhailah.

    echah: yelah betul agaknya. tapi hari tu aku mmg tak larat betul. balik kerja pun aku macam melepet. nak makan pun dah jadi tak larat. entah kenapa ntah.

  4. Tart Gulung!! Tart Gulung!!

    Consulate General of Malaysia
    No 44, Tank Bund Road,
    Nungambakkam,
    Chennai 600034
    Tamil Nadu, India

    Tart Gulongggg.. tart guloooooong…

Feedbacks are most welcome. If you're from Seremban, you MUST.

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s